ILMU YANG HILANG

Sunday 14 April 2013


INDAHNYA LANGIT ALLAH

SETIAP kali memandang ke langit apabila cuaca cerah, tentu kita terpesona melihat kebiruan
langit serta awan yang memutih.Tahukah anda semua ini adalah hasil daripada biasan dan serakkan cahaya.


Air dan Udara
Setiap kali cahaya sampai kepada sempadan antara dua bahan lutsinar dengan indeks biasan yang berbeza (berbeza density (kg/m 3)), terdapat cahaya yang dipantulkan dan dihantar.Hasilnya perubahan arah berlaku daripada biasan ini.


Permukaan licin

Jika permukaan pertama licin seperti cermin, pantulan penuh akan berlaku tetapi jika permukaan adalah kasar, pantulan serakan pula akan mengambil tempat.



Udara (partikel kecil dan tidak mampat)

Apabila cahaya menembusi bahan yang mengandungi partikel kecil, cahaya akan diserak atau diserap oleh partikel atau diserap.Warna biru langit dan putih awan terhasil daripada serakan dan pantuIan cahaya.

Sunday 24 March 2013

MUKADIMAH


Agama Islam merupakan agama yang
mementingkan pembangunan dalam
bidang keilmuan yang merupakan sebahagian
daripada ibadah.
Ilmu astronomi misalnya dilaksanakan
dengan baik bagi umat Islam untuk
mengerjakan solat seperti penentuan
waktu yang tepat untuk sembahyang
lima waktu dan menghadap Mekah dengan
lokasi yang tepat.
Begitu juga ilmu astronomi diperlukan
untuk membolehkan umat Islam mengetahui
tarikh hari bermulanya Ramadhan
untuk berpuasa dan juga sambutan Hari
Raya pada 1 Syawal.

Letupan Big Bang

Umat Islam mengetahui
waktu solat dan kiblat iaitu arah menghadap
Mekah, walaupun dari mana sahaja
mereka berada.
Pengetahuan bidang astronomi ahli-ahli
pelayar Arab sememangnya tidak
dapat disangsikan lagi dengan hanya
menggunakan bacaan kedudukan bintang-
bintang di langit.
Misalnya, pakar astronomi dalam
kurun ke-10, Abd. al-Rahman al-Sufi
dalam bukunya, `Fixed Stars' telah
memberikan koordinat yang tepat untuk
1,018 bintang dan 48 buruj di angkasa.
Kejayaan para ilmuan Islam di satu
ketika dahulu banyak juga dibantu oleh
sikap Permerintah atau Khalifah di
zaman tersebut.
Walaupun pada awalnya pemerintah
tersebut agak kurang yakin dengan
kebolehan pemikiran para ilmuan
mereka tetapi kebebasan berkarya
dan berfikir yang diberikan telah
membuahkan hasil yang mengkagumkan.
Pada awalnya, para ilmuan ini
lebih banyak diminta untuk
menterjemahkan karya-karya
saintifik klasik dari China, Greece,
India dan Mesopotamia.

Tamadun Mesopotamia

Mesopotamia adalah antara
tamadun tertua di dunia yang kawasannya
meliputi empat negara di
Asia Barat iaitu Iraq dan sebahagian
kawasan di Syria, Turki serta Iran.
Selepas selesai kerja-kerja terjemahan
tersebut, para intelek Islam memulakan
kerja-kerja menerangkan hasil terjemahan
mereka dan seterusnya membolehkan
mereka menemui penemuan
dan inovasi baru.
Walaupun zaman kegemilangan pengetahuan
saintis Islam itu telah berlalu
tetapi usaha-usaha memperkenalkannya
diharap dalam meningkatkan pengetahuan
umat Islam mengenai zaman
kegemilangan itu di samping memberi
kesedaran baru kepada masyarakat
Barat mengenai agama Islam itu sendiri.
Keadaan ini akan mendorong mewujudnya
suasana kerjasama dan saling
memahami antara satu penganut agama
dengan agama yang lain, selain tidak
lagi melabelkan penganut sesuatu
agama sebagai punca berlakunya keganasan
masa kini.

Sebagai rakyat saya tertanya-tanya bagaimana hendak membina Tamadun Islam yang suatu ketika dahulu amat dihormati dengan tahap intelektual yang tinggi ?